Sunday, August 2, 2009

Ubah persepsi terhadap barangan buatan tempatan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menggesa orang ramai agar segera mengubah persepsi terhadap barangan buatan tempatan. Katanya, mereka seharusnya mula menggunakannya secara lebih meluas.
"Penerimaan barangan buatan tempatan dalam kalangan rakyat negeri ini sebenarnya boleh membantu dalam memperkembangkan pasaran dan seterusnya membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat," katanya semasa berucap merasmikan ekspo empat hari Belilah Barangan Buatan Sabah peringkat negeri di Dewan Arked di sini.
"Bagi mempromosikan barangan buatan Sabah pula, para pengeluar produk tempatan mestilah meningkatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan dengan mengambilkira penggunaan peralatan yang canggih dan moden," katanya lagi.

No comments: