Monday, August 10, 2009

DR. Edwin Jack Bosi (bekas calon PKR) masuk parti DAP??


Dr. Edwin Jack Bosi merupakan seorang bekas calon PKR yang bertanding di P.174 Penampang pada pilihanraya ke-12 telah masuk Parti DAP baru- baru ini.
Kenapakah beliau berbuat demikian? Adakah perjuangan dengan Parti PKR tidak mendatangkan sebarang faedah kepada beliau? Atau adakah beliau tidak berpuas hati dengan perjuangan PKR selama ini?

Adakah beliau berpendapat bahawa Parti DAP lebih banyak membawa manfaat (keuntungan) berbanding dengan Parti PKR?

Kita fikir-fikirkan lah sejenak mengenai berita ini. Perlukah kita seseorang yang tidak ada pendirian yang tetap?

Thursday, August 6, 2009

1Malaysia 1Malaysia selalu dilaungkan tapi orang kampung faham kah mesej 1Malaysia ini?


Kita selalu dengar kerajaan laungkan 1Malaysia tapi semua orang faham kah mesej yang disampaikan oleh tema ini?

Kalau kita tanya orang Sabah.... memang dorang cakap orang sabah sudah lama amalkan 1Malaysia ini. Keadaan di Sabah memang unik, orang melayu, kadazan, cina dan lain-lain boleh duduk sama-sama di kedai kopi. Tidak ada masalah punya....

Saya rasa 1Malaysia ini amat baik dipraktikan di Semenanjung kerana keadaan di sana telah menjadi kucar-kacir. 1Malaysia ini boleh membawa perpaduan di kalangan orang yang berlainan bangsa dan agama.

Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Tun Razak memang baik dan tulus untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Mesej yang disampaikan oleh 1Malaysia ini merangkumi semua aspek-aspek yang diperlukan oleh rakyat sekarang ini...

Marilah kita bersatu padu untuk menyokong 1Malaysia ini kerana ianya banyak memberi kebaikan kepada kita dan tunjukkan kepada negara luar sana bahawa Malaysia merupakan satu negara yang majmuk, aman dan damai....


Nampaknya..orang Sabah tidak ambil serius pasal bahaya H1N1


Kalau kamu berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu, kamu tidak akan
nampak orang awam pakai "mask" di muka dorang. Kenapa ya?

Adakah orang di Sabah belum tahu akan bahaya penyakit ini telah mengakibatkan kematian di Semenanjung. Reaksi orang awam macam tidak ada berlaku apa-apa... Dorang "make dont know" sahaja..

Saya rasa kita perlu ambil serius akan bahaya penyakit ini. Jangan pula bila kena jangkit, barulah kita menyesal kerana tidak ambil langkah-langkah berjaga dari jangkitan penyakit ini.

Susah la macam ini kalau orang awam macam tidak ambil peduli walaupun sudah banyak sekolah di sekitar Kota Kinabalu telah ditutup. Lebih baik kita mencegah sekarang, nanti kalau sudah kena.... baru menyesal pula..

Monday, August 3, 2009

PM wants to leave a strong party for successor

Datuk Seri Najib Tun Razak, the Prime Minister said that one day when he retires, he would want his successor to take over a party which is strong and he will work to ensure that the BN government will continue to become the people’s backbone of prosperity and their well-being. He said "This the responsibility I am shouldering and I will pursued it diligently. The approaches must keep up with the times. They may not be the same but what is important BN comes back to power and remain strong,"

Sabah assemblymen gets 66% increment

The assemblymen in Sabah today made an unanimous decision which approved a 66% monthly salary payrise thereby increasing their pay from RM3,300 per month to RM5,300 while the Chief Minister, the cabinet ministers, their assistance, political secretaries and the State Assembly Speaker all received an increment of more than RM1,000. This means that the Chief Minister now is paid RM15,730 from its original pay of RM14,300 per month while the Deputy Chief Minister of Sabah now earns RM13,915 from the previous RM12,500 drawn. This came about in the bill for the amendment to the Members of the Administration and Members of the Legislative Assembly (Remuneration) Enactment 1981.
source:www.malaysiatoday.com

Sunday, August 2, 2009

Ubah persepsi terhadap barangan buatan tempatan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menggesa orang ramai agar segera mengubah persepsi terhadap barangan buatan tempatan. Katanya, mereka seharusnya mula menggunakannya secara lebih meluas.
"Penerimaan barangan buatan tempatan dalam kalangan rakyat negeri ini sebenarnya boleh membantu dalam memperkembangkan pasaran dan seterusnya membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat," katanya semasa berucap merasmikan ekspo empat hari Belilah Barangan Buatan Sabah peringkat negeri di Dewan Arked di sini.
"Bagi mempromosikan barangan buatan Sabah pula, para pengeluar produk tempatan mestilah meningkatkan usaha dalam penyelidikan dan pembangunan dengan mengambilkira penggunaan peralatan yang canggih dan moden," katanya lagi.

Gula oh Gula!!! Setiap keluarga dihadkan untuk membeli 2 Kilo sahaja?

Berkuatkuasa pada 29 Julai 2009, setiap keluarga dibenarkan untuk membeli 2 kilo gula untuk setiap pembelian.
Ini adalah untuk mencegah rasa panik di kalangan pembeli kata Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah. Beliau menasihati supaya pengguna tidak perlu bimbang akan khabar angin kekurangan gula kerana bekalan gula untuk negeri ini mencukupi.
Beliau menambah kekurangan bekalan gula baru-baru ini disebabkan oleh kelambatan kapal yang membawa komoditi ini ke negeri Sabah.
Pengguna akan dapat membeli bekalan gula ini di pasaran besar Giant bermula 6 Ogos ini.