Thursday, August 6, 2009

Nampaknya..orang Sabah tidak ambil serius pasal bahaya H1N1


Kalau kamu berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu, kamu tidak akan
nampak orang awam pakai "mask" di muka dorang. Kenapa ya?

Adakah orang di Sabah belum tahu akan bahaya penyakit ini telah mengakibatkan kematian di Semenanjung. Reaksi orang awam macam tidak ada berlaku apa-apa... Dorang "make dont know" sahaja..

Saya rasa kita perlu ambil serius akan bahaya penyakit ini. Jangan pula bila kena jangkit, barulah kita menyesal kerana tidak ambil langkah-langkah berjaga dari jangkitan penyakit ini.

Susah la macam ini kalau orang awam macam tidak ambil peduli walaupun sudah banyak sekolah di sekitar Kota Kinabalu telah ditutup. Lebih baik kita mencegah sekarang, nanti kalau sudah kena.... baru menyesal pula..

No comments: