Monday, July 27, 2009

Hubungan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seharusnya diperkukuhkan lagi dan bukannya antara UMNO dan PAS

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan berkata usaha untuk mengukuhkan hubungan sepatutnya bukan di antara PAS dan UMNO tetapi di antara kerajaan negeri dan persekutuan. "Ia merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk bekerja sama dengan kerajaan negeri walaupun terdapat perbezaan ideologi" katanya lagi. Beliau menerangkan bahawa kerjasama PAS dengan UMNO tidak akan berlaku. Kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah membekalkan peruntukan. "Kami tidak meminta untuk dibantu tetapi ini sudah termaktub dalam perlembagaan." katanya lagi.

No comments: