Tuesday, May 12, 2009

BN Sabah Tiada Kuasa: SAPP

Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa apabila sampai kepada membuat keputusan terhadap perkara penting seperti jawatan Timbalan Ketua Menteri yang diuntukkan kepada masyarakat Cina, kata Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP), Chong Pit Fah.

Katanya, para pemimpin BN di Sabah bukan sahaja tidak mempunyai kuasa seperti itu tetapi juga bergantung kepada para pemimpin Persekutuan lebih-lebih lagi Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu seperti itu.

"Ini menunjukkan para pemimpin BN di Sabah tidak mempunyai autonomi dan bidang kuasa Ketua Menteri terhadap perkara itu juga kelihatan semakin terhakis" katanya lagi.

Chong mendakwa, Tan membuat keputusan menyertai Gerakan semata-mata untuk menyelamatkan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Infrastrukturnya dan bukannya untuk kepentingan rakyat lebih-lebih lagi mereka yang mengundinya semasa di bawah tiket SAPP pada pilihan raya umum pada Mac.

2 comments:

panglimapitas said...

PANDAI2 AJE........
YG PENTING DIE TETAP SOKONG KERAJAAN.YAHUUUUUU

waritarakyat said...

Dakwaan itu ternyata tidak benar... Tan telah membuat keputusan kerana beliau tahu bahawa perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan BN yakni membela nasib dan kepentingan rakyat.