Tuesday, May 12, 2009

"Juruterbang boleh rampas telefon bimbit"

Juruterbang boleh merampas barangan eletronik termasuk telefon bimbit yang boleh menggangu sistem perhubungan dan navigasi sebuah pesawat.

Timbalan Menteri Pengangkutan berkata belum ada undang-undang untuk mendakwa penumpang yang memasang telefon bimbit atau barangan eletronik semasa berlepas atau mendarat.

Walau begitu, beliau berkata ketua penerbangan boleh merampas barangan tersebut sekiranya ia merasakan barangan tersebut boleh membahayakan pesawat.

Mac lalu, Daily Express melaporkan mengenai sikap penumpang ini yang akan memasang telefon bimbit mereka walaupun peringatan telah diberikan agar tidak berbuat demikian sehinggalah tiba di terminal lapangan terbang

No comments: