PUTRAJAYA 8 Julai - Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan berdasarkan pertimbangan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tegas Timbalan PM, Keputusan itu diambil setelah mengambil kira keperluan sistem pelajaran di sekolah-sekolah serta manfaat yang bakal diterima oleh golongan pelajar pada masa depan.
"Keputusan ini dibuat atas asas pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus dilakukan".
"Dan atas dasar itulah maka keputusan inilah yang kita lakukan, bukan pertimbangan politik," katanya yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment