Thursday, August 6, 2009

1Malaysia 1Malaysia selalu dilaungkan tapi orang kampung faham kah mesej 1Malaysia ini?


Kita selalu dengar kerajaan laungkan 1Malaysia tapi semua orang faham kah mesej yang disampaikan oleh tema ini?

Kalau kita tanya orang Sabah.... memang dorang cakap orang sabah sudah lama amalkan 1Malaysia ini. Keadaan di Sabah memang unik, orang melayu, kadazan, cina dan lain-lain boleh duduk sama-sama di kedai kopi. Tidak ada masalah punya....

Saya rasa 1Malaysia ini amat baik dipraktikan di Semenanjung kerana keadaan di sana telah menjadi kucar-kacir. 1Malaysia ini boleh membawa perpaduan di kalangan orang yang berlainan bangsa dan agama.

Usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Tun Razak memang baik dan tulus untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Mesej yang disampaikan oleh 1Malaysia ini merangkumi semua aspek-aspek yang diperlukan oleh rakyat sekarang ini...

Marilah kita bersatu padu untuk menyokong 1Malaysia ini kerana ianya banyak memberi kebaikan kepada kita dan tunjukkan kepada negara luar sana bahawa Malaysia merupakan satu negara yang majmuk, aman dan damai....


1 comment:

waritarakyat said...

Gagasan 1Malaysia adalah untuk menyatupadukan rakayat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kuam, agama dan budaya. justeru, marilah kita jayakannya bersama sebagai tanda terima kasih kepada pemimpin No.1 Malaysia.