Berkuatkuasa pada 29 Julai 2009, setiap keluarga dibenarkan untuk membeli 2 kilo gula untuk setiap pembelian.
Ini adalah untuk mencegah rasa panik di kalangan pembeli kata Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah. Beliau menasihati supaya pengguna tidak perlu bimbang akan khabar angin kekurangan gula kerana bekalan gula untuk negeri ini mencukupi.
Beliau menambah kekurangan bekalan gula baru-baru ini disebabkan oleh kelambatan kapal yang membawa komoditi ini ke negeri Sabah.
Pengguna akan dapat membeli bekalan gula ini di pasaran besar Giant bermula 6 Ogos ini.
No comments:
Post a Comment