Sunday, May 10, 2009

Kerajaan beli Sabah Medical Centre dengan harga RM245 Juta

Kerajaan akan membeli hospital swasta, Sabah Medical Centre (SMC) bagi membantu mengatasi masalah perkhidmatan kesihatan selepas menara utama Hospital Queen Elizabeth (HQE) didapati tidak selamat digunakan.
PM berkata pembelian SMC adalah wajar memandangkan pembinaan hospital baru memakan masa. Ini adalah sebahagian daripada hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan barisan kabinet negeri dari bekerja sebagai satu pasukan...

Antara Isu-Isu yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak:-

1. Adakah SMC sesuai dijadikan hospital utama bagi negeri Sabah memandangkan hospital ini tidak terletak di Bandar Kota Kinabalu?

2. Kebanyakan orang ramai tidak mempunyai kenderaan menyebabkan masalah pengangkutan ke hospital SMC ini kerana kemudahan bas ke hospital ini tidak ada.

3. Adakah jumlah sebanyak RM245 juta ini berbaloi untuk membeli hospital ini sedangkan jumlah ini boleh digunakan untuk membina hospital baru di Kota Kinabalu?


Sila berikan komen anda.... Terima Kasih..



2 comments:

Anonymous said...

Memamng patut.Kerajaan sepatutnya dulu lagi membuat keputusan ini.

Anonymous said...

haha.. another epic sales... RM245 juta tidak berbaloi dibelanjakan untuk membeli SMC.. kenapa?? mungkin RM200 juta akan diperlukan untuk baik pulih.. sama macam kes hospital likas...